Thursday, December 15, 2011

Proses terjadinya Manusia

PERKONGSIAN MAKLUMAT




Renungan kita bersama..SubhanaAllah..betapa besarnya kekuasaan Allah. Manusia adalah sebaik - baik kejadian.

Wahai pembaca sekalian..selamilah paparan yang dipanjangkan ini. Bagaimana wujudnya manusia..bagaimana pengorbanan seorang ibu berpadu nyawa untuk memungkinkan kelahiran kita ...KHALIFAH BUMI..

Thursday, December 1, 2011

KEMELUT...

Dapatkah putaran masa mengubah segalanya
Dapatkah langit nan cerah
Dapatkah mendung berlalu pergi

Aku cuba mencari akan diriku
Di manakah hilangnya
Mengapa begini
Mengapa demikian rupanya

Aku bagaikan anak - anak kecil
Yang kehilangan rangkulan belaian ibunya

Aku bagaikan layang - layang
Terputus akan tali pegangannya

Kadang - kadang
Aku bagaikan orang Asing
Asing dibumi sendiri
Asing didunia sendiri
Aku seperti tidak dapat mengenali
Siapakah Aku.......

Ke mana hilangnya
Ke mana perginya
Asal diriku
Persis angin berlalu di kala senja

Mampukah Aku
Kuatkah Aku
Mencari redha dan HidayahMU....
Buat meneruskan saki baki akan hidupku......

PENCARIAN......


Kecilku dimanjai
Kecilku disayangi
Kecilku dibelai dengan penuh kasih sayang
Kecilku dipenuhi dengan senyuman
Kecilku dipenuhi hilai tawa

Besarku dilanda Ombak
Besarku dipenuhi Onak dan duri
Besarku melalui lebuh jalan nan berliku
Besarku dihujani Kemelut
Besarku menyesakkan nafas hidupku.....



Tuesday, November 22, 2011

HATI SEORANG LELAKI





RENUNGKANLAH BAIT - BAIT LUAHAN.......


Wahai kaum Hawa kadang - kadang tidak semua lelaki itu seperti apa yang kita fikirkan..Masih ada lelaki yang begitu sejati kasih sayangnya..Tapi tidak mudah untuk mendapatkannya. Kerna 1 dalam berjuta bintang di langit.

Hanya Ingin Kau Tahu - REPVBLIK (YAMAKI MV )

Thursday, August 18, 2011

Asma Allah....

Setiap orang ada masalahnya sendiri. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Apa yang penting kita yakin kepada setiap dugaan pasti ada hikmahnya. Sekiranya sesuatu perkara itu bukan yang terbaik untuk diri kita pasti akan ada halangannya yang sudah diatur oleh Allah Yang Maha Mengetahui segalanya. Siapalah kita untuk menolak takdir yang telah ditentukan olehnya. Kita sebagai hamba Allah yang terlalu lemah berbanyakkan berdoa semoga diberi kekuatan dan dilimpahkan hidayah untuk menempuh dugaan yang mendatang. ........ Insyallah .

Saturday, August 6, 2011

Sejuta Rasa....


Ramai orang kata Kehidupan bagaikan di Syurga. Tidak kurang juga yang mengatakan hidup bagaikan di alam fana. Namun kehidupan kita sebenarnya di penuhi warna - warni perasaan dan sejuta rasa pengalaman hidup. Kemanisan dalam senyuman, kepahitan dalam kesengsaraan, tawar dalam kesedihan, masam dalam lembah kekusutan serta masin dalam kekentalan.

Senyuman yang benar - benar manis adalah bermula daripada hati yang bersih. Membenarkan diri di buai rasa gembira, tenang, aman lagi mendamaikan. Keikhlasan di hati membenarkan keceriaan menjelma di dalam sebuah senyuman.

Kepahitan umpama secawan kopi O yang lagi kental. Walaupun ianya cukup pahit untuk di telan.Di hirup menjadi ubat juga. Walaupun memakan masa untuk menghabiskannya, namun sengsaranya alah biasa tatkala diri sudah sebati dan menerimanya sebagai sebuah azimat.

Tawar dalam masakan masih tega untuk di tambah perasanya. Tawar dalam kesedihan apakah mungkin ia kembalikan nikmat sebuah kehidupan yang di kelilingi senyuman, gelak tawa dan kebahagiaan.

Asam garam adalah dua bahan yang tidak dapat di pisahkan. Umpama "Ikan di laut, Asam di darat..di dalam kuali bertemu jua" Kekusutan mahupun kekentalan diri bergantung di antara satu sama lain. Jatuh bangun diri kita umpama asam yang masam mampu menyatu dengan garam menggelakkan ikan daripada kehangusan. Diri kita juga mampu bangun semula. Tewas permulaan tidak beerti tewas penghabisannya. Jadikan ianya batu loncatan untuk lebih kental menjadi sebuah tembok yang kukuh asasnya.

Friday, July 22, 2011

Akhlak Mulia...

Melahirkan seorang yang berakhlak itu lebih baik daripada melahirkan seribu insan berilmu. Sementara sejuta umat itu belum tentu lebih baik daripada seribu insan yang berilmu.

"Sesungguhnya Wahai Muhammad ..tidak aku utuskanMu melainkan untuk membaiki Akhlak"

Akhlak adalah sifat yang mulia. Seseorang yang berpendidikan tinggi belum tentu punya akhlak setinggi pendidikannya dan seseorang berpendidikan rendah kadang - kadang lebih tinggi akhlaknya. Begitulah roda kehidupan.

Orang yang berakhlak, sudah tentu beramal dengan ilmunya. Sedangkan orang yang berilmu belum tentu berakhlak dengan ilmunya. Bahkan merosakkan sejuta umat dengan ilmunya. Maka wujud rantai ilmu, amal dan akhlak. Maka manusiawi seseorang itu ..... memanusiakan manusia.

Kemenjadian manusia harus tidak akan pernah lari daripada itu.Itulah matlamat akhir seseorang insaf yang bernama murabi dan mursyid........SEORANG INSAN..



Titipan seorang teman yang cukup menghargai akan kewujudan dan kehidupan..

Saturday, June 25, 2011

I BELIEVE.......




Percaya...

Dalam kehidupan kita, Setiap apa yang wujud di ruang mata kasar ini, perlu ada rasa percayaNya..setiap kewujudan dan keindahan tentu ada PenciptaNya.. Bukti Kebesaran Ilahi dengan setiap anugerah yang di berikan ini.......

Setiap perlakuan dan pertuturan kita merupakan nikmat - nikmat yang begitu unik. Dalam percaya atau tidak ianya mampu merubah seseorang menjadi insan atau manusia.

Tingginya langit di balik awan nan biru saljunya. Tak tergapai tangan mahu menggenggaminya. Tampak mata amat dekat serasa. Namun itulah kenyataannya walau mudah ianya kita rasakan tetapi sebenarnya kesukaran itu adalah pintu utama yang harus di bolosi.


Saturday, June 18, 2011

DUNIAKU


Aku terpaku sorang diri melihat langkahan sorang budak perempuan. Langkah demi langkah di atur ...Seraya Piring hitam mindaku berputar mengimbau nostalgia ku di saat sebayanya.



Bab Pertama....
Basikal ini menjadi peneman aku ke sekolah demi mengutip ilmu - ilmu buat bekalan di dada untuk masa depan. Kayuhan demi kayuhan tika suasana masih lagi gelap gelita. Di saat ada yang masih menyelimuti diri. Kami anak sang petani yang mengingini kejayaan membelah kegelapan pagi dengan kayuhan basikal. Banyak peristiwa indah kenangan yang tidak dapat dilupakan. Mungkin lucu bunyinya...Adakah patut bangkai ayam yang di langgar dek aku. Apa lagi hilang imbangan gedebuk lah nangka yang belom masak jatuh di jalanraya..Teman - teman mampu ketawa...Namun bukan itu penamat. Nasib rakanku pula keesokannya. Terjatuh dek di hempap pokok Bemban......(hehehehe) peristiwa lucu yang sampai kini aku dan teman akan ketawa. Kesusahan pertama ..namun belom mematahkan semangat.

Bab kedua..
Takkan masih di takuk lama. Tak bestkan gitu nanti di cop katak di bawah tempurung pula. Aku "upgrade" sikit tahap keteroran aku (Rosak bahasa Melayu). Macam terlepas daripada kandang aku punyalah girang dapat lesen menunggang motosikal.. Habis satu hari di canang kejayaan.
Apa lagi pergi sekolah sudah laju. Zaman dah berubah ..Walau motosikal ku tidak sekacak EX 5..namun aku punyalah syok walau hanya sekadar sang kapcai...Syukur dapat sampai dengan jayanya ke sekolah..Alhamdulillah. Panjang kaki geraknya. Dapatlah berbakti buat mak ayah walau sekadar hanya driver....(hehehehe)......... " AKULAH PENUNGGANG KAPCAI"

Bab Ketiga...
Akhirnya tidak sia - sia usaha lift kepada kejayaan ku selama ini. Aku berjaya melangkahkan kaki masuk ke Menara Gading..Alhamdulillah. Emak dan ayah yang paling gembira. Dalam gembira ada sendu. Punyalah sedih pula dek kena merantau ...jauh pula daripada ketiak emak ni. Aduh! kena kuatkan semangat ..Chaiyokk!!
Tapi itulah berada jauh daripada keluarga membuatkan ku serba sendiri. Semua berdikari. Berdiri di atas kaki sendiri. Ke mana sahaja bermulalah menahan bas mini atau lebih tepat PINK PANTHER (hehehe panggilan ku) Namun aku tidak kisah demi mencapai cita - cita menggenggam segulung ijazah. Umur kian meningkat dewasa. Aku makin mengerti anak - anak remaja yang mempunyai idaman kalbu..Rata - rata ku lihat rakan - rakan semua berteman. Paling aku tak tahan tengok tak kurang juga yang terkena "Culture Shoke" kejutan budaya...Semua ke mana ada yang menolong...sedangkan aku masih sendiri dan menyendiri .(Cewahh) Tidak hairanlah aku di tinggalkan dan selalu melihat mereka berlalu dengan kereta masing - masing. Tanpa ada rasa simpati atau prihatin buat insan seperti aku ..anak sorang Petani. Ekor mata aku hanya mampu memerhatikan sahaja kesenangan mereka di dalam kereta itu. Betapa aku perlu kuatkan semangat .....Derita hari ini tak beerti derita selamanya...INSYALLAH.

Thursday, June 16, 2011

RENUNGAN BERSAMA...

Apabila kita ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerna mungkin satu kelemahan kau akan menjauhinya.

Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya, kerna mungkin dengan satu keburukannya kau akan membencinya.

Andai kau ingin sahabat yang satu janganlah kerana ilmunya kerna apabila dia buntu kau mungkin akan memfitnahnya.

Andai kau ingin seorang kawan janganlah kerana sifat cerianya kerna andai dia tidak pandai menceriakan kau mungkin akan menyalahinya.

Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa, janganlah diharapkan semuanya sempurna kerna kau juga tidak sempurna. Tiada yang biasa - biasa yang dapat menjadi satu kesempurnaan.

TAPI BERSAHABATLAH KERANA ALLAH S.W.T