Wednesday, May 23, 2012

Tawa Dan Airmata...

Hati sering terasa inginkan kebahagiaan. Hati sering kali merasa cemburunya. Hati juga sering kali terasa sakitnya sebuah kelukaan. Hati sering tersesat dalam penilaian. Hati sering buta dalam melihat kaca dan permata. Hati sering sayu dan pilu mengenangkan diri dulu, kini dan selamanya. Begitulah kehidupan watak manusia di dunia pinjaman ini.Majoritinya berfikiran dan sering terawang - awang di buai rasa untuk memiliki sekeping Hati yang berbunga- bunga dengan kasih dan sayang, berwarna warni sirna kebahagiaannya di samping insan - insan yang menyayangi beserta senyuman yang sentiasa mekar manis di bibir,wajah yang ceria, hati yang girang dan yang pasti kebahagiaan membaluti tubuh bersama degup jantung yang sihat. TAWA... Di kala gembira menjengah kehidupan kita. Semestinya semua pandangan adalah manis sahaja.Setiap pekerjaan yang susah menjadi senang, setiap perbuatan yang dulunya kita rasakan merugikan begitu menguntungkan dan yang pasti bunga - bunga kasih dan sayang sentiasa bermain - main di hati. Kerna senyuman sentiasa mekar di bibir. AIRMATA.. Banjir memenuhi kolam mata..itulah si airmata.Airmata cukup sinonim dengan kehilangan, kepedihan, kesedihan,kelukaan dan kegagalan.Kadang - kadang ia hadir tanpa di pinta. Setiap manusia yang dijadikan oleh Allah. Sememangnya tidak dapat lari daripada rasa - rasa ini. Ia adalah alami semulajadi yang di hadirkan Oleh Allah sebagai ujian kepada hamba - hambanya. Alaminya ....Manusia adalah khalifah Allah di bumi. Dijadikan oleh Pencipta untuk seimbangkan perjalanan kehidupannya sebelum dijemput pulang.Maka disebabkan itulah tawa dan airmata memang tidak dapat dipisahkan daripada manusia. Kerna kita (Manusia)adalah sebaik - baik kejadian yang telah Allah jadikan....begitu sempurna . ..SUBHANALLAH>>>SYUKUR ALHAMDULILLAH.

3 comments:

  1. sue .. awat berlagu sendu nie ... semoga happy slalu

    ReplyDelete
  2. tidak akan aku katakan ``jangan menangis lagi kawan...'' ... :) tp ``..jgn pernah engkau menoleh kembali dengan apa yang telah kau tangisi .. '' :)

    ReplyDelete