Basikal ini menjadi peneman aku ke sekolah demi mengutip ilmu - ilmu buat bekalan
dada untuk masa depan. Kayuhan demi kayuhan tika suasana masih lagi gelap - gelita
Di saat ada yang masih menyelimuti diri. Kami anak sang petani yang mengingini
kejayaan membelah kegelapan pagi dengan kayuhan basikal. Banyak peristiwa indah
kenangan yang tidak dapat dilupakan. Mungkin lucu bunyinya... Adakah patut bangkai
ayam yang dilanggar dek aku.
Apa lagi hilang imbangan gedebuklah nangka yang belum masak jatuh di jalanraya.
Teman - teman mampu ketawa ... namun itu bukan penamat. Nasib rakanku pula
mendapat habuannya keesokan hari. Sudah terjatuh basikal dek terlanggar batang
bemban.. terus dihempap batang bemban lagi.... (hehehe). Habis terkoyak seluar dekat
kepala lututnya. Peristiwa yang betul - betul menggamit kenangan nan lalu yang sampai
kini aku pasti akan ketawa bersama teman - teman saat mengingatinya semula.Kesusahan
pertama yang begitu mencabar namun belum mematahkan semangat lagi.
*************************************************************************
Takkan masih di takuk lama. Tak bestkan begitu nanti dicop katak di bawah tempurung
pula. Aku "upgrade" sikit tahap keteroran aku (Rosak habis bahasa melayu). Macam
terlepas daripada kandang aku punyalah girang dapat lesen menunggang motosikal.
Habis satu hari di canang kejayaan. Apa lagi pergi sekolah sudah laju dan maju. Zaman
berubah ....walau motosikal tidak sekacak EX5... namun aku punyalah syok walau hanya
sekadar sang kapcai.... syukur dapat sampai dengan jayanya ke sekolah.... Alhamdulillah
panjang kaki geraknya.Dapatlah berbakti kepada emak dan ayah walau sekadar hanya
menjadi driver ........(Kok betul sih driver ngomongnya...tunganggan tak ya......hehehehe)
Habis rosak bahasa Wawa oiii ..."Aku lah Penunggang Kapcai" . Kata si Wawa tanpa
menyedari ada sepasang mata tua yang telah melihat sahaja perilaku anaknya itu sambil
menggelengkan kepalanya.
"Ya Allah, bantulah hambamu yang kerdil ini.Engkau permudahkanlah daku untuk
menjawab soalan - soalan SPM hari ini " ..Aamiin ..doa si Wawa sambil menyapu wajahnya
seusai doa dipohon sebelum memasuki dewan peperiksaan. Hari ini adalah peperangan
ilmu setelah sekian lama mengharungi pelbagai cabaran demi tiket untuk melangkahkan
kaki ke menara gading. Tidak lama selepas itu, para pelajar telah dipanggil oleh pengawas
peperiksaan yang bertugas untuk memasuki dewan mengikut angka giliran masing - masing.
"yahooooo" pekik si Wawa kepada sahabat baiknya suraya. "Dah awat hang ni ..kot ya pun
kita dah raya ..jaga sopan hang la Wawa..anak dara kot" Tegur si Suraya kepada bff yang
gila - gila itu. "Hang ni dah macam mak aku lah pulak, aku bukan apa arini rasa seperti
sebiji batu yang besar atas kepala aku ni ...dah ilang ..huhhhh ringan kepala aku rasa" sengih
si Wawa panjang lebar membuat "statement" kepada "best friend forevernya" itu. "Wawa
hang nak buat apa masa tunggu keputusan SPM ni" tanya si Suraya kepada Wawa.
"Entahlah, aku tak pikiq pun lagi..hang pulak?" renung si Wawa kepada Suraya menunggu
jawapan keluar daripada mulut sahabat baiknya itu. "Aku ingat nak cari kerja lah sementara
tunggu keputusan kita ni, dapatlah juga duit poket manalah tau kan kalau - kalau kita
berjaya nanti adalah juga sumber kewangan". Terang Suraya penuh semangat.
"Bagus juga cadangan hang tu, macam nak joinlah ..tapi apa - apa aku kena balik tanya
mak aku dulu" ..Kata si Wawa ..sambil menarik tangan sahabatnya itu berjalan ke tempat
letak motosikalnya untuk terus pulang selepas berakhirnya peperangan mereka setelah
seminggu bermati - matian memerah minda.
*************************************************************************
Akhirnya tidak sia - sia usaha lift kepada kejayaanku selama ini. (Rosak lagi peribahasa
melayu ..Wawa ..Wawa..) Aku berjaya mendapat keputusan SPM yang agak membanggakan.
Tidak sia - sia segala pengorbanan dan cabaran - cabaran yang dilalui selama ini. Aku berjaya
mendapat tawaran untuk sambung belajar di Uitm Shah Alam.Alhamdulillah mak dan
ayah yang paling gembira.
Dalam kegembiraan ada sendu...tatkala menghitung hari untuk
hari pendaftaran itu nanti. Sedih hati kerana akan merantau untuk 3 tahun meninggalkan
kampung halaman yang sebelum ini tidak pernah lagi ditinggalkan.Paling penting
jauh pula daripada celah ketiak emak ni... "Aduhh! ..Ya Allah kuatkan semangat aku ...
Semangat!....Semangat! " ..Wawa berperang dengan diri sendiri..Masih terngiang -
ngiang lagi ayat maknya pada malam itu. "Wawa kena kuat ..jangan sedih gini..ingat
Wawa telah kuat berusaha untuk tunggu saat - saat sekarang ni kan..tawakallah kepada
Allah ..mohon kepadaNya ..semoga dipermudahkan segala urusan..dah! .. jangan sedih -
sedih lagi ,...kalau rindu emak, ayah dengan along dan angah ..nanti ada cuti balik sini
atau kami ke sana melawat Wawa ya nak"..pujuk si ibu untuk anak dara sorangnya itu.
Seusai pendaftaran di Kolej Cempaka Kenanga pagi itu . Tibalah saat untuk berpisah
dengan keluarga tercinta. Sayu rasa kejap lagi akan ditinggalkan sendirian. Tetapi nasib
baiklah dapat teman dorm yang agak peramah si Sabariah, Kak yan dan Ateh. Merekalah
sedikit sebanyak mengubati kekosongan dan kerinduan. Sabariah berasal dari Johor,
Kak Yan pula dari Penang dan Ateh dari Terengganu. Syukur semuanya sekepala maka
tidak adalah kes sentap dan kekok. Keeseokannya masing - masing akan bergerak ke
fakulti masing - masing untuk pendaftaran subjek pula. Pagi itu selepas selesai bersarapan
kami berjalan bersama - sama hingga ke penghujung jalan dan berpisah kerana masing -
masing fakulti lain - lain. Aku fakulti pengurusan hotel dan pelancongan, Sabariah pula
fakulti pengurusan perniagaan, Kak yan pula fakulti kejuruteraan awam dan Ateh fakulti
seni lukis dan seni reka. Masing - masing bergerak sendiri selepas melambai dan meneruskan
langkahan.
"Wahhh!! ..segak dan gagahnya..walaupun dalamanmu masih belumku terokai lagi namun
wajahmu membuatkan hati ku dup ..dap ..dup ..dap .." ngomel si Wawa di dalam hatinya..
(Haaa..korang nak mengata aku gatailah ni , no..no...aku terpegun tengokkan fakulti je lah)