Monday, June 17, 2013

"SHARING IS CARING" ....sebuah perkongsian

Dalam kehidupan kita banyak sungguh cubaan dan dugaan. Ku harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Tetapi itulah adat dan kronologi kehidupan yang sementara. Anjakan waktu seakan berhenti tatkala kita dibelenggu dengan permasalahan. Namun roda - roda kepastian pula akan menggerakkan akal fikiran untuk menaakul akan sebuah keputusan bagi mencari jalan keluar bagi meneruskan masa depan.

Sesungguhnya saya sendiri masih belum sempurna kehidupannya . Masih banyak kekurangan dan ilmu yang perlu dipelajari. Ilmu dan pengetahuan itu pula tidak salah rasanya untuk kita kongsikan sebagai tanda saling ingat - mengingatkan sesama insan ....Insyallah seandainya dapat ia membantu diri kita . Bersama - sama ini kita renungkan maklumat yang di ambil daripada salah satu info.

Kepercayaan agama

Rencana utama: Agama
Sering disarankan bahawa agama merupakan gerak balas keperluan manusia bagi memberhentikan kekeliruan, atau ketakutan mati (dan hasrat iringan untuk menghidup). Dengan mentakrifkan sebuah alam di luar kehidupan (alam rohaniah), keperluan ini dapat dipenuhi dengan pembekalan makna, tujuan dan harapan untuk kehidupan kita yang tidak bermakna, tidak bertujuan serta yang terbatas. Kebanyakan orang yang percaya kepada Tuhan peribadi akan bersetuju bahawa Tuhan adalah "di mana kita hidup, bergerak dan wujud". Menurut tanggapan ini, kami harus mencari pihak yang berkuasa yang boleh memberikan makna kepada kehidupan kita dan membekalkan kita dengan tujuan melalui panduannya. Keputusan mempercayai pihak berkuasa ini digelarkan "pelompatan kepercayaan" dan pada umumnya, kepercayaan ini merupakan makna hidup orang yang beriman.
Sebuah contoh yang menunjukkan bagaimana agama boleh mencipta tujuan boleh didapati dalam cerpen penciptaan Wasiat Lama: tujuan manusia adalah untuk "berhasil, berganda dan menambah lagi di alam, serta menaklukinya" Genesis 1:28. Ini mempertunjukkan bahawa pembiakan, pemeliharaan alam dan kawalan persekitaran merupakan tiga tujuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan untuk manusia. Walau bagaimanapun, arahan-arahan yang diberikan oleh Tuhan dan makna hidup (atau tujuan kewujudan) tidak merupakan benda yang sama.
Lagi satu contoh, yakni kali ini daripada Wasiat Baru, adalah dua rukun yang teragung daripada Mark 12:28-31:
"Rukun yang pertama di antara semua rukun ialah: 'Dengar, O Israel, Tuhan adalah satu. Dan engkau kena memberi kekasihan kepada Tuhan dengan setulus hati, dengan setulus jiwa, dengan segala minda, dan dengan segala kekuatan. Ini merupakan rukun pertama. Dan yang kedua adalah: "Engkau kena menyayangi jiran engkau seperti diri kendiri.' Tiadanya rukun yang lebih mustahak daripada rukun-rukun ini."
"Soal Jawab Agama Secara Ringkas Westminster" ("The Westminster Shorter Catechism") menyelidiki sejarah mengenai apa yang Tuhan telah mengajari manusia, dan meringkaskannya pada permulaan terbitannya: "tujuan utama manusia adalah untuk menyembah Tuhan, dan merasai nikmatNya untuk selama-lamanya".
Pandangan Islam adalah bahawa Tuhan mencipta manusia untuk satu tujuan sahaja, iaitu untuk menyembahNya: "Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku." (Qur'an, 51:56). Penyembahan dalam Islam bukan sahaja bermakna melaksanakan upacara amal, tetapi juga merangkumi bekerja, menghasilkan, membuat pembaharuan serta meningkatkan taraf penghidupan supaya dapat mentaati Allah. Bagi orang Islam, hidup adalah satu ujian. Kejayaan anda dalam ujian ini akan menentukan ke mana anda akan pergi: Syurgakah ataupun Neraka.
Meskipun, tiada satu pun daripada pendekatan-pendekatan ini dapat memberi jawapan yang sempurna kepada soalan "Apa makna hidup?" apabila soalan ini ditanyai dalam konteks falfasah. Bukannya jawapan yang sempurna bila dikatakan: "Percayailah dan engkau akan memahami." Ini disebabkan ia tergantung kepada kepercayaan yang membuta babi terhadap pengajaran yang disampaikan, dan bukannya melalui logik, kebijaksanaan dan pengalaman peribadi. Dari segi ini, agama cuma memberitahu anda melalui siri rukun tentang apa yang kena dipercayai dan apa perlu dibuat.
Jawapan-jawapan teologi yang tulen seumpama ini menimbulkan soalan-soalan lain. Contohnya, sekira kita wujud untuk mematuhi, bagaimanakah pematuhan ini akan memperbaiki kita? Sekiranya kita hidup untuk menyembah Tuhan, apakah tujuan Tuhan, dan bagaimanakah ini akan memperbaiki kita? Bagi orang-orang yang beriman, mereka mungkin juga berasa bahawa perintah-perintah yang dogmatik sebegini tidak memuaskan.

Pandangan rohaniah

Mitch Albom mengemukakan beberapa persoalan yang menarik dalam buku larisnya, "Selasa-selasa dengan Morrie" ("Tuesdays with Morrie") mengenai seorang profesornya yang hampir mati. Kehidupan Albom sebagai pengarang sehingga masa itu sia-sia sahaja kerana beliau mengejari benda-benda yang dikatanya salah: rumah-rumah yang lebih besar, kereta-kereta SUV yang lebih besar, dan pendapatan yang lebih lumayan. Walau berapa besar pun, benda-benda tersebut tidak dapat mengisikan kekosongan hidupnya. Hakikat yang kita semua kena menghadapi adalah serupa dengan apa yang disedari oleh Morrie sewaktu beliau menghidapi penyakit Lou Gehrig, yakni dunia masih sama hijau dengan masa sebelum beliau menghidapi penyakit yang boleh membawa maut itu. Dunia tidak akan berhenti ataupun tamat kerana anda mati. Pengalaman profesor itu sentiasa menghantuinya yang mengamalkan penghidupan egosentrik. Albom belajar daripada Profesor Morrie bahawa makna hidup yang benar adalah untuk memberi, menyayangi dan berkongsi apa-apa yang anda ada, dan benda-benda ini diturunkan pula dari satu generasi ke satu generasi.
James Redfield memberi pandangan Zaman Baru ("New Age) terhadap makna hidup dalam bukunya, "Ramalan Celestine" ("The Celestine Prophecy). Beliau menyarankan bahawa makna hidup boleh ditemui dalam diri sendiri, melalui siri wawasan rohaniah peribadi. Kemudian, dalam bukunya yang dikarang bersama-sama dengan Michael Murphy bertajuk "Tuhan dan Alam Semesta yang Berkembang: Langkah yang berikut dalam Evolusi Peribadi" ("God and the Evolving Universe: The Next Step in Personal Evolution") (2002), beliau menuntutkan bahawa kemanusian hampir-hampir dalam proses mengalami pertukaran kesedaran.

Pengolahan yang lucu

Konsep "makna hidup" telah menjadi kata basi sehingga persoalan ini sering dipersendakan, seperti dalam siri radio "Panduan Pengembara ke Galaksi" ("The Hitchhiker's Guide to the Galaxy") oleh Douglas Adams, yang kemudiannya diterbitkan sebagai novel, siri televisyen, filem dan permainan komputer. Jawapannya 42.
Mengikut ceritanya, sekelompok makhluk yang amat bijak (tikus) telah membina sebuah komputer raksasa yang digelarkan "Pemikiran Mendalam" ("Deep Thought") untuk mencari jawapan tentang hidup, alam semesta dan segala-galanya. Tujuh setengah juta tahun kemudian, komputer itu memberi jawapan: "42". Selepas memberi jawapannya kepada hadirin, komputer itu menerangkan bahawa masalah jawapan itu disebabkan oleh ketiadaan sesiapa yang faham akan soalannya. Atau kemungkinan, hidup tidak mempunyai makna apa-apa selain daripada "Apa yang anda lihat, anda dapat", sebagaimana yang digambarkan oleh filem komedi, "Makna Hidup" ("The Meaning of Life"): anda dilahirkan, anda makan, anda bersekolah, anda bersetubuh, anda mempunyai anak-anak, anda menjadi tua (sekiranya tiada sesiapa yang membunuh anda dahulu), anda mati dan di Syurga, setiap hari merupakan hari Krismas. Pada akhir filem itu, Michael Palin diberikan sekeping sampul surat, membukanya dan berkata secara acuh tak acuh: "Uh, tiada apa-apa yang istimewa. Cuma cuba berbaik dengan orang, elak makanan lemak, baca sekali sekala buku yang bagus, membuat senaman jalan kaki serta cuba berhidup bersama-sama dengan semua kaum secara damai dan berharmoni."
Rufus, seekor tikus afrika botak daripada siri televisyen "Kim Possible" mendesak bahawa makna hidup ialah keju.

Tafsiran Paul Gauguin boleh diperlihatkan dari lukisannya, "Dari manakah kita datang? Apakah kita ini? Ke manakah kita akan pergi?" ("Where Do We Come From? What Are We? Where Are We Going?").



Begitulah pendapat dan kepercayaan masing - masing. Walau apa yang diperkatakan, itu adalah hak individu itu sendiri untuk memikirkan apa yang penting, apa yang perlu, apa yang zahir, apa yang melengkapi, apa kehendak, apa yang fitrah, apa yang wajib di percayai, apa pegangan yang sewajarnya. Semua ini adalah untuk merungkaikan akan hidup dan kewujudan kita sebagai manusia dan insan yang istimewa. Ini kerana kita mempunyai pemikiran, akal yang yang begitu unik. Sementelah itu sudah pasti kita akan punya pegangan yang tersendiri.

Manusia yang dilahirkan di dalam keluarga Islam, sudah pasti akan percaya kepada Yang Maha Esa. Rukun dan mencari keredhaan di dunia dan akhirat ..Insyallah.

Tuesday, June 4, 2013

Badai....

   " Antara sebuah khayalan dan kenyataan, sukar untuk dimengertikan. Bagaikan badai, bagaikan rembulan yang menyinari, bagaikan siulan kicauan unggas, bagaikan pasang surutnya air di lautan, bagaikan suria pagi, bagaikan terbenamnya mentari senja hari.

   Walaupun aku bahagia. Namun terkejarkah aku untuk mengecapi dan merealisasikannya di alam nyata. Aku bagaikan bayangan di tasik biru. Bisa dilihat, di rasai namun hilang tatkala disentuh.


    Kadangkala aku bermimpi, mengharapkan sebuah kehidupan yang bahagia, mengharapkan sebuah pengertian dan pemahaman. Di mana terus berharap akan ketenangan di dalam jiwa yang satu. Walaupun kesempurnaan itu tidak sesempurna harapan yang menjelma.

    Semakin ku mengejari erti sebuah kebahagiaan, semakin kuat badai yang harus diharungi.



Semoga hari esok masih ada buatku........."


-------------------------------------------------------******---------------------------------------------



Sketsa 1


Situasi di sebuah pangsapuri yang terletak di pinggir bandar di sebuah kota Metropolitan. Seorang wanita pertengahan umur 30 an mundar - mandir sendirian.

Tika :  "Serabutnya fikiran aku ni, lagi dicuba melupakan dirinya ..makin dibuai pulak rasa hati ni" Airmatanya laju membasahi pipi yang acapkali menerimanya dek kemelut jiwa yang tiada ketenangan.

 Masih dalam situasi yang sama gadis bertubuh lampai ini semakin ligat geraknya. Permasalahannya kian kemuncak tatkala mendapat hasutan bisikan hatinya yang penuh dengan kegelapan.

"Tika ! bangun Tika! ...kenapa kau begini ..apa yang kau tunggu! Kau memang malang, kau tak kan temui kebahagiaan dalam hidup kau! Apa lagi yang kau harapkan daripadanya. Di mana dia di saat ini. Saat kau perlukan pertolonganNya. Mana Tika! Mana Tika!  tiada siapa pun yang pedulikan kau ....termasuklah Tuhanmu !

Tika:  "Pergi! Pergi! ...aku tak mau dengar apa - apa! " pekik Tika sekuat hatinya.

"Hahahah ..Ha ..hah..ha ...kau dah hancur Tika! kau memang seorang yang malang!..kau tak layak untuk mendapat kebahagiaan. Apa lagi yang kau tunggu! Ambil ubat itu...kau akan tenteram Tika! ...tenteram...mmmmmmtenteram selama - lamanya .....Ha..ha...ha.."

Botol pil tidur di tangannya di pandang tidak berperasaan...di fikiran Tika ketika itu penuh dengan pelbagai kekusutan. Andai dapat dilihat ke dalamnya betapa berselirat dan bersimpul segala urat saraf masalah yang tepu dek konflik jiwa yang tertekan. ....serasa ketika itu hanya degup jantungnya sahaja yang berlagu kencang ...

"Argggggghhh!! pergi matilah........"


------------------------------------------------------*****------------------------------------------------

Konflik jiwa sebegitu adalah perkara biasa kepada setiap insan di muka bumi ini. Ini kerna kita begitu istimewa sekali ciptaan Allah. Di mana kita mempunyai segala jenis zat. Allah ingin kita merasai setiap apa yang membezakan kita dengan makhluk ciptaanNya yang lain.

Kita punya akal fikiran,
Kita punya hati nurani,
Kita punya jiwa,
Segala - galanya memanusiakan kita sebagai insan yang kamil

Photo