Tanya Sama Laman..

Ruangan ini memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menguraikan segala soalan yang menjerut rasa, pendapat, luahan hati, komen, motivasi dan sebagainya. Di harap sedikit sebanyak ia dapat membantu dan meringankan bebanan fikiran mahu pun jiwa tentang kehidupan....Semoga jawapan akan ditemui di laman ini...INSYALLAH..

5 comments:

  1. Tanya sama Pokok apa sebab goyang,
    Tanya sama Hati apa sebab rindu,
    Tanya sama Laman temui jawapannya....INSYALLAH.

    ReplyDelete
  2. tanya sama pokok apa sebab goyang
    tanya sama hati ape sebab tak tenteram
    tanya sama laman apa sebab hati bergoncang
    jawab jantung perbaiki diri dan selalu bertenang

    ReplyDelete
  3. Dalam kehidupan kita letakkan kewarasan akal dalam mengakali setiap tindakan.Jangan dibiarkan emosi menguasai diri dan seterusnya mengakali setiap tindakan yang mungkin akan memburukkan keadaan dan ketepatan dalam membuat keputusan adalah kurang.

    ReplyDelete
  4. Memandangkan dewasa ini topik atau soalan yang sering menjadi bualan utama adalah berkait dengan hati. Maka Melati ingin mengupas serba sedikit tentang hati.

    Sebenarnya setiap hidupan di dunia ini mempunyai hati. Daripada hati wujudnya jiwa.Daripada jiwa maka wujudlah perasaan. Sebab itu kita sering mendengar akan pepatah mengatakan "Daripada pandangan mata turunnya ke hati" ..Apakah itu?

    Itulah kasih
    Itulah sayang
    Itulah CINTA
    Itulah amarah
    Itulah benci

    Semuanya lahir daripada sekeping "HATI".

    Sebenarnya hati amat penting di dalam diri setiap hidupan. Tanpa hati tawarlah dirinya kerana ia di awangan dan tiada keseimbangan. Sewajarnya hati di bajai dengan nilai - nilai positif yang akan mewarnakan merahnya kemanisan kehidupan. Namun andai kemarau yang melanda maka itulah yang mengundang PATAHNYA HATI...

    Bagaimana Hati yang patah hendak di rawat? ..Insyallah kita ketemu next episode...

    ReplyDelete
  5. Salam Ukhwahh sidang pembaca sekalian..Maaf Melati pohonkan dek kerna lewat menjengahkan diri bagi episod seterusnya berkaitan HATI..Kekangan waktu menghadkan masa untuk Melati berkongsi rasa. Insyallah pasti ada hikmah..

    Walau diri kita dulu, kini dan selamanya di ulit rasa sedih. Jangan dibiarkan ianya memakan diri..Setiap apa yang di turunkan oleh Allah..adalah dugaan buat kita bagi melihat tahap kesabaran hamba-hambanya..Insyallah..

    Masa ujian inilah kita akan di ziarahi oleh hasutan - hasutan suara halus untuk menyesatkan diri. Membawa kita ke lembah kehancuran dan dinodai dosa. Jadi sahabat sekalian walau susahnya HATI untuk diubati. Cuba kawal diri anda untuk tidak termakan pujukan hasutan Iblis dan syaitan yakni selalu mencuba untuk menyesatkan anak - anak ADAM..

    Selalunya PATAH HATI amat berkait rapat dengan soal hati dan perasaan CINTA sesama MANUSIA..Jadi ingatlah sahabat sekalian, jodoh dan ajal adalah ketentuan daripada ALLAH SWT..Banyakkan ingatan minda dan hati kita kepada ALLAH SWT. Kumbang bukan seekor dan bunga bukan sekuntum.Ingatlah wahai sahabat..wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik..begitu juga sebaliknya. Percayalah sesuatu halangan yang ALLAH turunkan itu mungkin ada hikmah dan teladannya.. Pentingnya banyakkan bersabar dan dekatkan diri kepadaNYA..Insyallah.

    Di antara terapi HATI yang dapat dicuba adalah :-

    1. Taubatlah kita untuk mensucikan diri kita bagi memudahkan diri kita di terimaNya..
    2. Banyakkan Zikrullah kepadaNya.
    3. Selawat ke atas Nabi..
    4. Perbanyakkan bacaan ayat - ayat suci Al - Quran.
    5. Sucikan hati dengan sikap memaafkan dan melepaskan semuanya
    6. REDHA ALLAH...

    Selain itu..

    1. Sikap memaafkan dengan membiarkan apa yang berlaku semalam sebagai permulaan untuk sebuah kehidupan yang baru.
    2. Bersihkan hati anda daripada cengkaman rasa sakitnya HATI dan kelukaan HATI anda.Sekiranya perlu menanggislah sepuas - puasnya. Kerna airmata dapat mengurangkan rasa stress di dalam diri anda.
    3. Elakkan diri anda bersendirian.Sekiranya mampu ambillah cuti untuk berehat atau menghabiskan masa bersama dengan keluarga.
    4.Lakukan benda - benda yang menarik. Mungkin sesuatu yang anda terfikir sebelum ini tetapi tertangguh. Contohnya bercuti, melancong,berbasikal dll. (Elakkan pengambilan dadah atau benda - benda yang menyalahi undang - undang dan memudaratkan kesihatan anda).
    5. Perbanyakkan senyuman di bibir anda. SENYUMAN adalah satu pemberian yang tidak perlu di beli.. Just give and u will take it..makin di beri makin kurang kesakitan anda..SELAMAT MENCUBA..ingatlah SENYUM adalah penawar paling mujarab kepada HATI..INSYALLAH..

    SELAMAT MENCUBA SAHABAT MELATI .....

    ReplyDelete