Ini lah hakikat sebuah kehidupan...hanya mampu berserah..Namun selagi keringat membasahi pipi, selagi tulang empat kerat mampu bertahan...mereka tidak berputus asa demi sesuap nasi..Kadang - kadang umur tidak membataskan mereka untuk berusaha. Si Kecil yang sepatutnya menggalas beg sekolah. Berdiri gagah menggalas beban tugas di bahu demi membantu ekonomi keluarga.Di kala teman seusia begitu rakus dalam dunia berteknologi...anak - anak ini memendam rasa bagaikan tidak mungkin menggapai bintang di langit nan tinggi.
Permulaan sebuah perjalanan hidup , demi mencari destinasi terakhir buat menerangi Jiwa.
Tuesday, December 17, 2013
Pentas Dunia ..
Ini lah hakikat sebuah kehidupan...hanya mampu berserah..Namun selagi keringat membasahi pipi, selagi tulang empat kerat mampu bertahan...mereka tidak berputus asa demi sesuap nasi..Kadang - kadang umur tidak membataskan mereka untuk berusaha. Si Kecil yang sepatutnya menggalas beg sekolah. Berdiri gagah menggalas beban tugas di bahu demi membantu ekonomi keluarga.Di kala teman seusia begitu rakus dalam dunia berteknologi...anak - anak ini memendam rasa bagaikan tidak mungkin menggapai bintang di langit nan tinggi.
Monday, December 9, 2013
Warna warni kehidupan...
Rasanya sudah terlalu lama tidak aku coretkan beberapa gurisan jiwa di laman yang amat aku gemari ini. Dek kerana kekangan waktu yang membataskan ruangan pertemuan. Alhamdulillah hari ini aku mampu untuk menggerakkan jari - jemari mamainkan tari di permukaan abjad - abjad membuahkan perkataan - perkataan menyuarakan suara hatiku.
Aku serasa mahu lari daripada kehidupan. ..bukan kamus kehidupan tetapi kehidupan yang sebenar. Namun tidak dapat untuk melarikan diri. Kenapa? Sorotan waktu dan fitrah yang membataskannya.Kita sebagai manusia tidak akan pernah dapat membentuk dan menghentikan waktu. Ini semua alami daripada Pencipta Alam Semesta. Apa yang dapat kita lakukan adalah menggunakan kurniaan Pencipta yang paling Agung kepada kita iaitu" Akal & Fikiran" yang waras.
Namun begitu itulah ujian dan dugaan. Kita tidak akan pernah henti untuk mendapat pelbagai cabaran mahupun dugaan. Maka wujudlah fenomena yang dipanggil desakan hati ataupun gelodak jiwa. Tika inilah aku sedari mungkin ini apa yang dirasai oleh sesetengah individu yang gagal untuk mengawal emosi dan tekanan dalam kehidupan maka langkah pendek menjadi pilihan "Mati" atau lain perkataan "Membunuh Diri".
Aku tidak mengatakan perbuatan itu salah. Ini kerana di kala fikiran kita tepu dengan tekanan, jiwa kita akan memberontak dan tika ini lah kepercayaan dan kesabaran kita akan kian menipis. Sekiranya kita tidak kuat. Pasti kita akan kecundang."Iman" dan "Percaya" hanya itu akan menyelamatkan diri kita. Itulah tembok yang akan membantu diri. Sekiranya kita tidak kuat, pada masa inilah bisikan - bisikan halus akan mempengaruhi diri seterusnya menghanyutkan kita.
Hitam itu adalah warna yang melambangkan kedukaan dan kegelapan.Mungkin inilah sinonim dengan apa yang aku rasai sekarang ini. Jiwa aku yang sepi dan kosong. Fikiran menjadi satu, tiada sinar cahaya yang menembusi kegelapan hari - hari yang berlalu. Apa yang terbuku hanya ingin lari daripada semua kekusutan di dalam kepala yang kian menyesakkan.
Ada satu ketika aku rasa sudah penat dan lelah untuk meneruskan larianku. Aku mula terfikir akan kehijauan. Mungkin Hijau akan menenangkan aku. Aku mencari kawasan - kawasan yang mendamaikan jiwa. Saujana mata memandang.Seluas alam yang terhampar megah memayungi tasik nan membiru. Di saat itu mataku yang memberat dapat menerima kenyataan kewujudan terapi semulajadi yang lebih menenangkan diri. Kicauan burung yang sesekali kedengaran dari kejauhan..hembusan angin yang seakan - akan mengalunkan melodi yang begitu sayu terus menusuk ke dalam jiwa yang paling dalam.
Panorama mentari terbenam turut membenarkan betapa besarnya Ciptaan Allah. Syukur alhamdulillah. Aku sepatutnya mensyukuri akan nikmat yang telah Allah kurniakan kepadaku. Redha dengan setiap apa yang terjadi dalam perjalanan kehidupan aku sebelum sampai ke Destinasi yang terakhir,,,Ya Allah ...Betapa kerdilnya hambamu ini...Sesungguhnya aku tidak sempurna pelbagai kekurangan ..bimbinglah aku untuk terus berpijak di jalan yang benar..jalan yang Engkau redhai ..Amin.
Warna warni kehidupan yang akan terus membungakan pelangi seindah salju di pagi hari ...

Subscribe to:
Posts (Atom)