Thursday, August 18, 2011

Asma Allah....

Setiap orang ada masalahnya sendiri. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Apa yang penting kita yakin kepada setiap dugaan pasti ada hikmahnya. Sekiranya sesuatu perkara itu bukan yang terbaik untuk diri kita pasti akan ada halangannya yang sudah diatur oleh Allah Yang Maha Mengetahui segalanya. Siapalah kita untuk menolak takdir yang telah ditentukan olehnya. Kita sebagai hamba Allah yang terlalu lemah berbanyakkan berdoa semoga diberi kekuatan dan dilimpahkan hidayah untuk menempuh dugaan yang mendatang. ........ Insyallah .

Saturday, August 6, 2011

Sejuta Rasa....


Ramai orang kata Kehidupan bagaikan di Syurga. Tidak kurang juga yang mengatakan hidup bagaikan di alam fana. Namun kehidupan kita sebenarnya di penuhi warna - warni perasaan dan sejuta rasa pengalaman hidup. Kemanisan dalam senyuman, kepahitan dalam kesengsaraan, tawar dalam kesedihan, masam dalam lembah kekusutan serta masin dalam kekentalan.

Senyuman yang benar - benar manis adalah bermula daripada hati yang bersih. Membenarkan diri di buai rasa gembira, tenang, aman lagi mendamaikan. Keikhlasan di hati membenarkan keceriaan menjelma di dalam sebuah senyuman.

Kepahitan umpama secawan kopi O yang lagi kental. Walaupun ianya cukup pahit untuk di telan.Di hirup menjadi ubat juga. Walaupun memakan masa untuk menghabiskannya, namun sengsaranya alah biasa tatkala diri sudah sebati dan menerimanya sebagai sebuah azimat.

Tawar dalam masakan masih tega untuk di tambah perasanya. Tawar dalam kesedihan apakah mungkin ia kembalikan nikmat sebuah kehidupan yang di kelilingi senyuman, gelak tawa dan kebahagiaan.

Asam garam adalah dua bahan yang tidak dapat di pisahkan. Umpama "Ikan di laut, Asam di darat..di dalam kuali bertemu jua" Kekusutan mahupun kekentalan diri bergantung di antara satu sama lain. Jatuh bangun diri kita umpama asam yang masam mampu menyatu dengan garam menggelakkan ikan daripada kehangusan. Diri kita juga mampu bangun semula. Tewas permulaan tidak beerti tewas penghabisannya. Jadikan ianya batu loncatan untuk lebih kental menjadi sebuah tembok yang kukuh asasnya.