Setelah berhempas - pulas berjuang menjadi GP .(Emmmm pasti korang kata aku gila motosikal GP
kan ..aaa'aaaa...GP tu Gila Point laaa ...untuk pastikan ada tempat di kolej ..tapi aku
..huhuhuhu).akhirnya kecundang juga Wawa dek dengan aktiviti - aktiviti Kolej yang tidak mampu
diikuti sepenuhnya. Maka bermulalah kisahnya terpaksa mencari rumah sewa pada semester hadapan.
Alhamdulillah akhirnya ada seorang senior juga yang akan keluar kolej dan juga menyewa termasuk
dormmate merangkap teman gaduh ...hehehe .siapa lagi kalau bukan si Sabariah ..sabar je lah .
Setelah berjumpa dengan kakak senior tersebut yang aku panggil Kak Ija. Dia meminta kami
mengikutinya hujung minggu ini untuk pergi melihat dan berbincang tentang rumah yang telah ditemui
untuk di sewa pada semester hadapan. Kedudukan rumah tersebut agak berjauhan juga daripada fakulti.
Namun di situ sahajalah yang harganya mampu dikeluarkan oleh pelajar - pelajar seperti kami ini yang
masih mengharapkan ihsan FAMA. Bukan Jabatan FAMA itu ya korang ..heheehee..Father and Mama
(FAMA).
"Kak Ija lepas ni Wawa turun kat seksyen 17 ya..ingat nak cari tiket untuk balik kampung nanti, apa -
apa kita bincang kat kolej nanti ya ..ok tak kak? ". Maklum Wawa kepada kakak seniornya. Selepas
berpisah di Seksyen 17 apabila si "Pink Panther" membelok kawasan stesen bas ekspress itu. Wawa
dan Sabariah turun menunaikan rancangan di hati masing - masing ketika itu.