"Maaf ya Encik, boleh saya tahu di mana letaknya pejabat". Tanya aku kepada salah seorang
mamat yang tengah asyik berborak. "Oh junior baru ya , ambik course aper? ..Tetiba soalan
aku dijawab dengan soalan juga Mamat ni..Dek kerana kita orang baru, mengalah je lah..
karang Wawa sampai petang pun kau belum siap mendaftarnya. "Saya dapat Hotel Management"
jujur aku menyampaikan maklumat. "OOoo, DHM ..Kau ikut tangga ni terus ke tingkat 2 kemudian
belok sebelah kanan...haa situ lah pejabat". Beritahunya dengan panjang lebar. "Baik juga rupanya
Mamat poyo tadi ni, ingat dah sombong ...itu lah Wawa "dont judge book by its cover" ngomel
Wawa sendirian sambil meneruskan langkahan.
Selepas selesai pendaftaran, sesi melihat ke papan kenyataan pula untuk mendapatkan jadual
bagi kelas semester 1. Nasib kelas bermula esok hari. Tapi sebelum itu Wawa terlebih dahulu
jalan - jalan cari kelas.. ..(aa aahh ..ingat aku nak jalan - jalan cari makanlah tu ...korang memang
lambat ada peluang mesti nak kenakan aku...mentang - mentang aku suka makan...huhuhu...tak
baik tau). "Ok done" kata Wawa tanpa mengendahkan pelajar - pelajar yang sedia ada situ..
Baginya kelas - kelas yang perlu dicari telah dijumpai keberadaannya..Nanti memudahkan
dirinya untuk hadir kelas ..nak - nak terlambat bagai ..."Ishhh...simpang malaikat 44" Tiba - tiba
Wawa menampar mulutnya kerana fikir masalah baru ..kot ya nanti masin mulutnya terlewat
kelas...tak nak ..tak nak ...hatinya berbicara sendirian.
"Fuhhh!..Nasib tak ramai orang lagi..kalau tak mau patah pinggang aku beratur arini"
Katanya di dalam hati sambil tersenyum pabila melihat barisan pelajar kat Dewan Makan
tengahari hari itu. Selepas menunjukkan pas makan kepada abang DM ...aku terus melangkah
mendapatkan makanan tengahari. Nampaknya arini ikan jaket , sotong gege dan sayur bayam..
Syukur alhamdulillah atas nikmatmu Ya Allah.. Sebaik membaca doa makan dan suapan
pertamanya..tiba - tiba belakangnya di tampar manja. "Wawa!..sorang je ke..yang lain mana?
Kata si sabariah dengan muka cerianya.."Ehh! Kau ke Sabar ...Sabar je lah aku..nasib baik
baru nak suapan pertama ..kalau tengah makan tadi mau kau dapat semburan nasi percuma
daripada aku" Balas aku dengan muka tidak puas hati. "Alahh! ..sorry! ..sorry!..aku gurau
je tadi..janganlah mare ..nanti cepat tuee..hihihihi" Katanya sambil melangkah ke abang DM
untuk mengambil makanan tengahari juga.
"Wawa..tadi kau ke Fakulti macam mana pendaftaran..ok tak? Tanya si Sabar sebaik duduk
berhadapan dengan Wawa. "Alhamdulillah semua dah siap ..jadual aku tadi pack juga tengok..
tapi tak apa lah dah memang tujuan kita ke sini pun untuk belajar dan pulang dengan kejayaan"
Kata si Wawa dengan penuh semangat. Sebaik mata bertentang mata ..maka pecahlah ketawa
masing - masing melihatkan situasi Wawa yang menggengam tangannya bagi menunjukkan
rasa semangatnya itu.
*******************************************************************************
Kringg!!!!.. jam pengera Wawa berbunyi menandakan masa untuk bangun siapkan diri ke kelas
Pertamanya pagi ini. "Ngantuknyaa mataku ini ..bangun Wawa..kelas Wawa " ngumal Wawa
sendiri dalam hatinya.
Selepas memastikan dirinya sedia elok dalam baju kurung kegemarannya bertanah hitam berbunga
kecil warna merah..Wawa mengaturkan langkahnya untuk ke DM sebelum masuk ke kelas
pertamanya pada hari itu. "Hai!, saya Fifi ..awk pulak?..duduk lah sini tak ada orang"..ramah si
Fifi kepada Wawa. "Terima kasih, saya Wawa.." balas Wawa dengan sebuah senyuman yang
sangat comel."Ini kelas Prof Yuliana kan? ..tanyaku lagi kepada Fifi..mau tidak takutnya tersalah
bilik kuliah di hari pertama...mau masak aku arini ....(sambil dalam kepala terbayang kari mamak
yang berasap tuuuu) ..tertelan air liur kejap .."Aah..napa itu Wawa..kau takut tersilap yaa" balas
si Fifi sambil ketawa lucu..Aku hanya garukan kepala di sebalik tudung walau tidak terasa
gatalnya..Tiba - tiba pintu bilik kuliah di tolak daripada luar ..suasana yang seperti pasar tani
tadi menjadi seperti kampungku di serang Garuda secara tetiba ...kelibat penuh gaya menuruni
tangga bilik kuliah untuk ke depan kelas."Speechless" kejap aku..seperti melihat bidadari
yang turun daripada langit ..Serius Prof aku sangat comel..jelita..gorgeous ..ahh semuanyalah
lengkap "in package" ..tiba - tiba aku pandai pulak berbahasa inggeris naa ..niii...nuuu :)

