Memang cantik dipandang orang yang pndai menjaga penampilan diri. Berhias untuk tampak menawan di mata kasar. Tetapi bagaimana pula untuk kecantikan dalaman ..hati nurani yang suci..Susah untuk kita selami dan mencarinya. Dunia kita kian berlalu dalam keuzuran waktu yang makin hampir untuk hari sebenar - benarnya. Hari di mana kita di bangkitkan semula untuk pembalasan. Daripada tanah kita dijadikan maka kepada tanah jua kita kembali.
Kesamaran hidup kita umpama titian yang rapuh dek berpanas berhujan di makan waktu. Ketahanan kian goyah memakan diri yang akhirnya akan tenggelam ke dasar sungai. Mungkin pencarian akan berakhir selari robohnya titian yang tiada penghujungnya itu. Alami takdir itu telah tertulis dan realitinya sememang itu rezki buat kehidupan yang pasti.
Roda minda kembali berputar mengimbas semua kenangan telah berlalu ...betapa diri ini terlalu mencari pengertian dan erti hidup yang benar. Tetapi makin di kejar makin jauh perginya. Makin tersesat di bawa arus emosional dan jiwa yang hanyut. Telah tersurat bahawa rezkimu adalah apa yang dikau terima ..terima lah dengan hati yang terbuka dan tidak menidakkan kuasa Allah. Pasti ada yang terbaik selagi dikau bersabar.
Kadang - kadang kita selalu membuat imaginasi bahawa kita di kelilingi oleh cahaya kebahagiaan, tetapi sebenarnya sebaliknya pula yang menjelma. Hukum alam..setiap manusia pasti akan diuji. Samaada ujian berbentuk harta kekayaan, kasih sayang, kekeluargaan, pekerjaan dan sebagainya. Makin teruji kita makin di sayangi kita oleh Allah S.W.T..bersama - samalah kita sentiasa mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.. Insyallah ..Amin. Semoga titian kita berpenghujung kepada permulaan hari yang baik di dunia dan akhirat...