Tuesday, June 4, 2013

Badai....

   " Antara sebuah khayalan dan kenyataan, sukar untuk dimengertikan. Bagaikan badai, bagaikan rembulan yang menyinari, bagaikan siulan kicauan unggas, bagaikan pasang surutnya air di lautan, bagaikan suria pagi, bagaikan terbenamnya mentari senja hari.

   Walaupun aku bahagia. Namun terkejarkah aku untuk mengecapi dan merealisasikannya di alam nyata. Aku bagaikan bayangan di tasik biru. Bisa dilihat, di rasai namun hilang tatkala disentuh.


    Kadangkala aku bermimpi, mengharapkan sebuah kehidupan yang bahagia, mengharapkan sebuah pengertian dan pemahaman. Di mana terus berharap akan ketenangan di dalam jiwa yang satu. Walaupun kesempurnaan itu tidak sesempurna harapan yang menjelma.

    Semakin ku mengejari erti sebuah kebahagiaan, semakin kuat badai yang harus diharungi.



Semoga hari esok masih ada buatku........."


-------------------------------------------------------******---------------------------------------------



Sketsa 1


Situasi di sebuah pangsapuri yang terletak di pinggir bandar di sebuah kota Metropolitan. Seorang wanita pertengahan umur 30 an mundar - mandir sendirian.

Tika :  "Serabutnya fikiran aku ni, lagi dicuba melupakan dirinya ..makin dibuai pulak rasa hati ni" Airmatanya laju membasahi pipi yang acapkali menerimanya dek kemelut jiwa yang tiada ketenangan.

 Masih dalam situasi yang sama gadis bertubuh lampai ini semakin ligat geraknya. Permasalahannya kian kemuncak tatkala mendapat hasutan bisikan hatinya yang penuh dengan kegelapan.

"Tika ! bangun Tika! ...kenapa kau begini ..apa yang kau tunggu! Kau memang malang, kau tak kan temui kebahagiaan dalam hidup kau! Apa lagi yang kau harapkan daripadanya. Di mana dia di saat ini. Saat kau perlukan pertolonganNya. Mana Tika! Mana Tika!  tiada siapa pun yang pedulikan kau ....termasuklah Tuhanmu !

Tika:  "Pergi! Pergi! ...aku tak mau dengar apa - apa! " pekik Tika sekuat hatinya.

"Hahahah ..Ha ..hah..ha ...kau dah hancur Tika! kau memang seorang yang malang!..kau tak layak untuk mendapat kebahagiaan. Apa lagi yang kau tunggu! Ambil ubat itu...kau akan tenteram Tika! ...tenteram...mmmmmmtenteram selama - lamanya .....Ha..ha...ha.."

Botol pil tidur di tangannya di pandang tidak berperasaan...di fikiran Tika ketika itu penuh dengan pelbagai kekusutan. Andai dapat dilihat ke dalamnya betapa berselirat dan bersimpul segala urat saraf masalah yang tepu dek konflik jiwa yang tertekan. ....serasa ketika itu hanya degup jantungnya sahaja yang berlagu kencang ...

"Argggggghhh!! pergi matilah........"


------------------------------------------------------*****------------------------------------------------

Konflik jiwa sebegitu adalah perkara biasa kepada setiap insan di muka bumi ini. Ini kerna kita begitu istimewa sekali ciptaan Allah. Di mana kita mempunyai segala jenis zat. Allah ingin kita merasai setiap apa yang membezakan kita dengan makhluk ciptaanNya yang lain.

Kita punya akal fikiran,
Kita punya hati nurani,
Kita punya jiwa,
Segala - galanya memanusiakan kita sebagai insan yang kamil

Photo


3 comments:

  1. minta maaf sekadar bertanya.. nama awk ni.. yani minta maaf kalau salah org..

    ReplyDelete
  2. x mengapa bertanya ..kenalan ke? kadangkala kalau kita malu bertanya sesat d jalan...tanpa soalan tiadalah jawapan.

    ReplyDelete
  3. Melati memohon maaf andai ader persamaan dengan insan tertentu..Melati adalah Melati, yang ingin berkarya dan berkongsi rasa. Tidak ader niat untuk mengguris hati, melukakan hati atau lain -lain, melainkan hanyalah untuk KAMUS KEHIDUPAN. Terima kasih kepada pembaca - pembaca yang sudi bertamu di sini ...:) selamat membaca membuai rasa .Sekadar perkongsian rasa dan ilmu.

    ReplyDelete