Saturday, August 9, 2014

Titian...

     Bersawang habis laman kamus kehidupan. Ini menunjukkan bahawa sudah lama ia tidak di jengah dan di pedulikan. Maaf dipohon kekangan waktu membataskan diri untuk terus berkarya. Insyallah akan dicuba untuk kesinambungan laman kamus kehidupan. Tidak akan aku kuburkan ianya. 

     Memang cantik dipandang orang yang pndai menjaga penampilan diri. Berhias untuk tampak menawan di mata kasar. Tetapi bagaimana pula untuk kecantikan dalaman ..hati nurani yang suci..Susah untuk kita selami dan mencarinya. Dunia kita kian berlalu dalam keuzuran waktu yang makin hampir untuk hari sebenar - benarnya. Hari di mana kita di bangkitkan semula untuk pembalasan. Daripada tanah kita dijadikan maka kepada tanah jua kita kembali.

    Kesamaran hidup kita umpama titian yang rapuh dek berpanas berhujan di makan waktu. Ketahanan kian goyah memakan diri yang akhirnya akan tenggelam ke dasar sungai. Mungkin pencarian akan berakhir selari robohnya titian yang tiada penghujungnya itu. Alami takdir itu telah tertulis dan realitinya sememang itu rezki buat kehidupan yang pasti.

    Roda minda kembali berputar mengimbas semua kenangan telah berlalu ...betapa diri ini terlalu mencari pengertian dan erti hidup yang benar. Tetapi makin di kejar makin jauh perginya. Makin tersesat di bawa arus emosional dan jiwa yang hanyut. Telah tersurat bahawa rezkimu adalah apa yang dikau terima ..terima lah dengan hati yang terbuka dan tidak menidakkan kuasa Allah. Pasti ada yang terbaik selagi dikau bersabar.

    Kadang - kadang kita selalu membuat imaginasi bahawa kita di kelilingi oleh cahaya kebahagiaan, tetapi sebenarnya sebaliknya pula yang menjelma. Hukum alam..setiap manusia pasti akan diuji. Samaada ujian berbentuk harta kekayaan, kasih sayang, kekeluargaan, pekerjaan dan sebagainya. Makin teruji kita makin di sayangi kita oleh Allah S.W.T..bersama - samalah kita sentiasa mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.. Insyallah ..Amin. Semoga titian kita berpenghujung kepada permulaan hari yang baik di dunia dan akhirat...

   




Tuesday, March 4, 2014

Andai ini takdirku...









"History in my life ...i gave it all .." begitulah bait -bait lagu yang keudara di corong radio ...lalu terlintas di fikiran untuk up date blog yang telah lama menyepi. Melihatkan novel - novel ini ..cerita - cerita yang diapdatasikan ..betapa romantis dan bahagianya sebuah kehidupan. Aku tersenyum di saat memikirkan adakah cerita - cerita ini benar - benar berlaku di alam realiti. Betapa bertuahnya insan yang mendapat nikmat kebahagiaan sedemikian.

Setiap manusia punya cerita  masing - masing ..siapa tahu lebih menarik dan tragis ,.. (^_^)

Saturday, January 4, 2014

Mentari Pagi..






Sungguh indah pagi ini, sinaran cahayanya bagaikan mengerti berlalu sudah kegelapan malam. Hari yang cerah adalah hari yang baik untuk memulakan hari baru dengan sesuatu yang baru. Permulaan yang ceria akan memberikan kebahagiaan kepada kita, jadi jangan dibiarkan mendung menghampiri membawa pergi sebuah senyuman di bibir kita seterusnya membunuh jiwa dan hati.





Tuesday, December 17, 2013

Pentas Dunia ..



Ini lah hakikat sebuah kehidupan...hanya mampu berserah..Namun selagi keringat membasahi pipi, selagi tulang empat kerat mampu bertahan...mereka tidak berputus asa demi sesuap nasi..Kadang - kadang umur tidak membataskan mereka untuk berusaha. Si Kecil yang sepatutnya menggalas beg sekolah. Berdiri gagah menggalas beban tugas di bahu demi membantu ekonomi keluarga.Di kala teman seusia begitu rakus dalam dunia berteknologi...anak - anak ini memendam rasa bagaikan tidak mungkin menggapai bintang di langit nan tinggi.



Monday, December 9, 2013

Warna warni kehidupan...

Rasanya sudah terlalu lama tidak aku coretkan beberapa gurisan jiwa di laman yang amat aku gemari ini. Dek kerana kekangan waktu yang membataskan ruangan pertemuan. Alhamdulillah hari ini aku mampu untuk menggerakkan jari - jemari mamainkan tari di permukaan abjad - abjad membuahkan perkataan - perkataan menyuarakan suara hatiku.

Aku serasa mahu lari daripada kehidupan. ..bukan kamus kehidupan tetapi kehidupan yang sebenar. Namun tidak dapat untuk melarikan diri. Kenapa? Sorotan waktu dan fitrah yang membataskannya.Kita sebagai manusia tidak akan pernah dapat membentuk dan menghentikan waktu. Ini semua alami daripada Pencipta Alam Semesta. Apa yang dapat kita lakukan adalah menggunakan kurniaan Pencipta yang paling Agung kepada kita iaitu" Akal & Fikiran" yang waras.

Namun begitu itulah ujian dan dugaan. Kita tidak akan pernah henti untuk mendapat pelbagai cabaran mahupun dugaan. Maka wujudlah fenomena yang dipanggil desakan hati ataupun gelodak jiwa. Tika inilah aku sedari mungkin ini apa yang dirasai oleh sesetengah individu yang gagal untuk mengawal emosi dan tekanan dalam kehidupan maka langkah pendek menjadi pilihan "Mati" atau lain perkataan "Membunuh Diri".

Aku tidak mengatakan perbuatan itu salah. Ini kerana di kala fikiran kita tepu dengan tekanan, jiwa kita akan memberontak dan tika ini lah kepercayaan dan kesabaran kita akan kian menipis. Sekiranya kita tidak kuat. Pasti kita akan kecundang."Iman" dan "Percaya" hanya itu akan menyelamatkan diri kita. Itulah tembok yang akan membantu diri. Sekiranya kita tidak kuat, pada masa inilah bisikan - bisikan halus akan mempengaruhi diri seterusnya menghanyutkan kita.


Hitam itu adalah warna yang melambangkan kedukaan dan kegelapan.Mungkin inilah sinonim dengan apa yang aku rasai sekarang ini. Jiwa aku yang sepi dan kosong. Fikiran menjadi satu, tiada sinar cahaya yang menembusi kegelapan hari - hari yang berlalu. Apa yang terbuku hanya ingin lari daripada semua kekusutan di dalam kepala yang kian menyesakkan.

Ada satu ketika aku rasa sudah penat dan lelah untuk meneruskan larianku. Aku mula terfikir akan kehijauan. Mungkin Hijau akan menenangkan aku. Aku mencari kawasan - kawasan yang mendamaikan jiwa. Saujana mata memandang.Seluas alam yang terhampar megah  memayungi tasik nan membiru. Di saat itu mataku yang memberat dapat menerima kenyataan kewujudan terapi semulajadi yang lebih menenangkan diri. Kicauan burung yang sesekali kedengaran dari kejauhan..hembusan angin yang seakan - akan mengalunkan melodi yang begitu sayu terus menusuk ke dalam jiwa yang paling dalam.

Panorama mentari terbenam turut membenarkan betapa besarnya Ciptaan Allah. Syukur alhamdulillah. Aku sepatutnya mensyukuri akan nikmat yang telah Allah kurniakan kepadaku. Redha dengan setiap apa yang terjadi dalam perjalanan kehidupan aku sebelum sampai ke Destinasi yang terakhir,,,Ya Allah ...Betapa kerdilnya hambamu ini...Sesungguhnya aku tidak sempurna pelbagai kekurangan ..bimbinglah aku untuk terus berpijak di jalan yang benar..jalan yang Engkau redhai ..Amin.

Warna warni kehidupan yang akan terus membungakan pelangi seindah salju di pagi hari ...




Saturday, July 13, 2013

Renungan di pagi hari .....

Jangan berputus asa jika Allah SWT menunda apa - apa yang kamu sukai.
Jangan bersedih hati, tapi BERSABAR dan TERSENYUMLAH........

Dalam firmanNya dengan penuh kasih sayang ..

"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" (Surah Al - Insyirah; 6)



"Biar nafsu sunyi tanpa godaan, biar kaki sunyi tanpa berjalan, tapi jangan biarkan akal sunyi tanpa ilmu dan jangan biar hati sunyi tanpa cinta kepada ALLAH SWT...."


" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan......"

Tertarik dgn kata2 ustazah Siti Nor Bahyah..."Maniskan Iman, Maniskan Senyuman"...INSYALLAH.


Cinta seorang lelaki tidak lebih daripada selembar sampul depan, namun cinta seorang wanita bagai lembaran - lembaran kertas yang tiada penghujungnya. Apa pendapat anda mengenai petikan ini (^_^).....

SYUKUR....

Bangunku daripada tidur yang lena...alhamdulillah satu hari lagi diri ini diberi kesempatan olehMu Ya Allah untuk melewati hari - hari berbakiku untuk meneruskan perjalanan seterusnya di muka bumi ini. Tiada harta , tiada anugerah dan tiada pemberian lain yang lebih beerti selain daripada kesempatan ini.

Syukur Alhamdulillah. 

Sudah lama aku kehausan ilham untuk menyuarakan rasa hati. Kadang - kadang aku terfikir apa dan bagaimana untuk mempamerkan suatu persembahan yang membantu dan berinfo. Namun jawapan yang ditemui "kosong, kosong, kosong....." bak kata lirik Najwa Latif. Namun tetiba pagi ini aku seperti bangun daripada tidur yang panjang. Aku seperti mendapat tiupan semangat baru yang entah dari mana aku mendapat kekuatannya. Mungkin di sebabkan bulan ini adalah bulan yang penuh dengan kemuliaan. "BULAN RAMADHAN AL - MUBARAK"

Syukur Alhamdulillah.

Sidang pembaca yang setia di laman kamus kehidupan ini. Terima kasih Melati ucapkan di atas kesudian kalian semua untuk menyoroti kata - kata daripada kamus kehidupan ini. Walaupun ini sekadar perkongsian rasa dan pengetahuan. Walaupun perkongsian ini bukanlah sebuah perkongsian yang mahal dan berprestij tahapnya. Namun di harap ianya dapat menjadi sebuah perkongsian yang membantu tidak sebagai ilmu mungkin ia sebagai halwa mata untuk bermain di minda, mungkin tidak sebagai rujukan mungkin dapat menjadi pedoman di hati yang lara, mungkin tidak sebagai ubat mungkin dapat menjadi penawar di kala sendiri dalam kegelapan.

Setiap apa yang dicoret di dalam  baris - baris kamus ini bukanlah rekaan semata - mata. Ia banyak berlandaskan pengajaran dan pengalaman Melati dalam pemerhatian dan laluan sendiri. Sekiranya ada persamaan, mungkin perjalanan hidup kita berasaskan kronologi kehidupan. Bagaikan carta hidup seorang manusia;


  • Alam rahim                     (9 bulan di dalam kandungan ibu)
  • Bayi                               ( Peringkat mengenal dan mengamati nikmat Dunia)
  • Kanak - kanak               ( Peringkat mencuba perkara baru)
  • Remaja                          ( Peringkat membanding beza dan membuat keputusan hala tuju kehidupan)
  • Belia                              ( Peringkat Ujian dan cabaran di dalam kehidupan)
  • Dewasa                         ( Peringkat memikul tanggungjawab dan meneruskan kelangsungan)
  • Warga emas                  ( Peringkat "What u give, u will get back")
  • Alam Barzakh               ( Peringkat kembali kepada Yang Hak ----)

Syukur Alhamdulillah.

Betapa besarnya Kurniaan Allah subhanawata'ala, 

akan bersambung .......sabar menanti ( ^_^ ) ..... "SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA"...