Aku melayan jari jemari pada pagi ini. Sambil di buai lagu - lagu kegemaran yang berkumandang di corong radio. Aku mati idea untuk berkarya. Walau hakikatnya aku tahu ruangan ini hanyalah ibarat ruangan persendirian. Aku yang berkarya ..aku yang membacanya ..aku yang akan membacanya lagi dan lagi hingga aku rasa satu kepuasan di hati
Aku suka bercerita..aku suka buatkan orang tersenyum..aku suka panaskan suasana dengan hilai ketawa..namun itu hanya tampak di mata kasar.. hakikatnya aku kosong. Kadang - kadang aku terasa ingin menjadi seperti cinderella.. Hikayat sebuah cerita Dongeng ..yang penuh dengan kebahagiaan walau permulaannya penuh dengan liku dan cabaran..Akhirannya penuh dengan kegembiraan.
Namun itu hanyalah khayalan di layar fikiran yang kudus penuh kepalsuan. Hakikatnya dunia cabaran globalisasi kini tiada semua itu. Mungkin ini semua pengaruh drama sinetron yang banyak berkisar akan kehidupan. Semua keberhasilan ceritanya tidak ada yang berakhir dengan kisah duka melainkan yang manis - manis sahaja. Secara tidak langsungnya aku terbuai angan - angan mat jenin konon sinetron hidup aku akan bertukar wajah sedemikian rupa. Dalam mimpi sahajalah wahai sang kamus.
Pernah tak kita semua terfikir bahawa setiap satu yang berlaku itu ada auranya . Ada ruang masanya..ada karmanya..mungkin aku perlu larikan aura aku kepada yang lebih abstrak daripada dramatik. Mungkin hidup yang satu perlukan kasih sayang tapi bukan kasih sayang daripada insan. Tapi kasih sayang pencipta. Aku berharap sangat satu hari .......itu akan tercapai dalam kamus kehidupan aku.
YA ALLAH CAPAIKANLAH SATU HARI ITU ..BUAT HAMBAMU YANG KUDUS INI .....AMIN YA RABBALA'ALAMIN.

Ameeennnn
ReplyDeleteAamiin..
ReplyDelete