Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma / kismis (raisins). Kurma atau kismis di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya.
Sumber mengatakan :
Air nabeez ini kegemaran Rasulullah S.A.W . Nabi Muhammad S.A.W akan rendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam bekas untuk semalaman (bekas bertutup) + minum air rendaman kurma itu di pagi hari. Air itu Nabi minum dan buah kurmanya yang dah lembik itu Nabi telan sekali.
Bercakap tentang infused water. Orang barat baru sekarang faham dan baru nak popularkan kaedah infused water ini. Sedangkan Rasulullah S.A.W telah lama mengamalkannya. Kita yang sedia tahu pula tidak mahu mengamalkannya..ini rawatan yang tidak memerlukan kos yang tinggi ..hanya memerlukan tindakan dan disiplin yang tinggi.
Dari segi kesihatan tubuh badan, kurma telah dibuktikan sebagai :-
1. Pemberi dan pemulih tenaga (ini antara sebab kita disunatkan memakan kurma sebaik berbuka
puasa)
2.Tinggi kandungan fiber ~ mengelakkan kolesterol jahat daripada terkumpul di dalam badan. Sangat
bagus dalam menggelakkan sembelit (atau meredakan dan memulihkan diri dari sembelit)
3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.
4. Kaya Pottasium ~ penting dalam penjagaan jantung dan menstabilkan tekanan darah
Khasiat Air Nabeez
Air Nabeez ini adalah minuman berakali yang mampu menolong membuang asid daripada perut dan sistem pencernaan badan.Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan - bahan toksin daripada badan. Dalam ertikata lain ~ sebagai detox.
Disebabkan air nabeez ini tinggi kadar fiber, ia mampu membantu memproses pencernaan yang baik & meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.
Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin.
Juga bagus untuk pesakit arthritis & pesakit Gout ~ kerana air nabeez membantu meneutralkan kandungan urik asid di kalangan pesakit Gout.
Cara membuat Air Nabeez
1. Rendam beberapa butir kurma / kismis (seeloknya bilangan ganjil) ke dalam bekas bertutup berisi
air masak . Di buat pada petang hari, kerana kita perlu rendamkannya semalaman.
2. Keesokannya (dalam 8 - 12 jam selepas direndam) air itu boleh diminum dan buah kurma yang
telah lembut itu di makan begitu sahaja.
3. Kurma yang elok digunakan adalah kurma Ajwa. Tetapi kalau tidak ada kurma lain pun boleh juga
digunakan.
4. Air Nabeez itu boleh diminum begitu sahaja atau dikisar sebelum diminum.
5. Kalau nak minum air nabeez pagi, siapkan pada petang sebelumnya. Kalau nak minum air nabeez
di waktu malam, rendam kurma di pagi hari.
6. Pantang larang dalam membuat air nabeez adalah hanya gunakan salah satu iaitu kurma atau
kismis. Tidak boleh campurkan keduanya sekali.
7. Air nabeez ini sekiranya disimpan di tempat sejuk (peti ais) boleh tahan antara 1 - 2 hari.
8. Dilarang minum air nabeez yang sudah memasuki 2 - 3 hari. Ini disebabkan air rendaman tersebut
melalui proses penapaian (fermentation) akan bertukar menjadi arak & haram untuk diminum.
9. Oleh itu adalah lebih baik air nabeez ini dibuat fresh setiap hari sebelum diminum.
10. Air Nabeez ini boleh diubah suai & ditambah dengan susu / yogurt untuk dijadikan smoorthie
ILMU YANG BERGUNA HARAP DAPAT DIKONGSI UNTUK KEBAIKAN BERSAMA...
.IN SHAA ALLAH....
Terms kasih atas info info di atas
ReplyDeletePerkongsian untuk kebaikan bersama.
ReplyDelete